Wednesday, August 20, 2008

Tahniah, LANDAS Team










MAJLIS PELANCARAN ‘LANDAS TEAM’ Regatta Sarawak 2008

MAJLIS PELANCARAN ‘LANDAS TEAM’ Regatta Sarawak 2008

1 Ogos 2008, Juma’at – LANDAS telah mengadakan majlis pelancaran Landas Team Regatta Sarawak 2008 bertempat di Stor Patinggan, Kuching. Majlis pelancaran tersebut merupakan satu langkah pertama dalam bersaing dalam Regatta Sarawak. LANDAS yang begitu sinonim dalam Regatta Sarawak semenjak menjuarai Raja Air pada awal tahun 1990 an terus memberi saingan hebat dalam Regatta Sarawak kali ini.

Majlis Pelancaran Landas Team yang bertemakan Mengembalikan Kecemerlangan yang Lalu itu dirasmikan oleh Tuan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, En. Sudarsono Osman selaku penasihat dan penaung LANDAS Sarawak. Majlis tersebut mendapat dokongan dan mandat daripada keseluruhan jentera pengurusan sehingga ke peringkat pendayung, botman, tukang masak, tukang perahu dan sebagainya yang dianggarkan seramai 520 orang. Majlis tersebut juga diraikan oleh kedatangan Direktorat iaitu En. Ting Sii Chiong, En. Zaidi Mahdi, En. Laping Jawa, Cik Jenny Chia, En. Abdul Hadi Abdullah dan beberapa pegawai di peringkat pengurusan.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Kipli diikuti dengan ucapan alua-aluan oleh Presiden LANDAS, En. Sajeli Hj. Kipli dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah, En. Sudarsono Osman. Seterusnya penyerahan bendera kepada setiap pasukan yang terdiri daripada pasukan LANDAS Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Bintulu dan Miri. Usaha Pasukan LANDAS kali ini juga melibatkan pasukan daripada pendayung-pendayung penduduk Kampung yang berdekatan sekali gus mencapai salah satu objektif LANDAS dalam mempereratkan ikatan tali silaturrahim. Bacaan Ikrar oleh pasukan LANDAS dan seterusnya majlis tepung tawar perahu dijalankan di Tebingan Sungai Sarawak. Ini diikuti dengan lawatan Tuan Pengarah bersama Direktorat di Galeri Utama.

Pasukan LANDAS telah menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa acara saringan termasuk memenangi acara 15, 20 dan 30 pendayung pada hari pertama. Ini diikuti dengan hari kedua dimana acara 20 pendayung didominasi oleh pasukan LANDAS. Acara akhir pada hari ketiga merupakan acara kemuncak Regatta Sarawak dimana pasukan LANDAS berupaya mendapat tempat kedua. Walaubagaimanapun, prestasi yang baik ini merupakan petanda yang baik pasukan LANDAS dalam mengemudikan perjuangan pada tahun depan. Segala usaha dan komitmen yang jitu dikalangan pendayung dan pengurusan amatlah dibanggakan sekali gus menyemarakkan semangat dan usaha yang lebih tabah bagi menjuarai Raja Air Regatta Sarawak 2009 pada masa akan datang.

Syabas, LANDAS perjuangan anda semua masih belum selesai dan disini susunkan iktikat dan iltizam ke arah mengibarkan jalur Merah Kuning di perairan Sungai Sarawak tahun depan.

“BERUNDUR SETAPAK BUKAN BEERTI TEWAS”
“TAPI MENYUSUN LANGAH UNTUK KEMENANGAN AKAN DATANG”

Advisor : En. Abdullah bin Julaihi
Info Credit : En. Mohammad Zunica bin Hj. Mohamad Sapiee
Image Credit : Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Daud