Monday, January 5, 2009

Ramalan Cuaca

Amaran hujan Rabu hingga Jumaat di Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan sederhana dan kadangkala lebat, akan berlaku pada malam Rabu sehingga Jumaat ini di Sarawak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan, hujan lebat 'peringkat kuning' itu berkemungkinan berlaku di Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching.

"Keadaan cuaca begini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai," katanya. - Bernama