Thursday, May 14, 2009

AFUNDI HAFIZ SEND TO 32999

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Hafiz juara AF7 pilihan selebriti!

ASTRO sekali lagi akan menobatkan ikon baru atau Juara Akademi Fantasia musim ketujuh Sabtu ini.
Jika ditanya siapakah yang paling layak, jawapan selamat tentulah 'SMS anda penentunya.'
Segala telahan atau ramalan menjurus kepada siapakah peserta favourite musim ini - Aril, Akim, Hafiz, Isma, Yazid?

Atau Fan Club (FC) mana yang paling ramai membelanjakan wang untuk undian SMS.
Di waktu-waktu begini, semua FC akan berkerja keras memastikan kemenangan idola mereka.

Banyak juga spekulasi yang dibuat oleh bloggers di saat-saat akhir begini.

Perkara pertama yang diambilkira ialah lagu jenis apa yang diberikankepada lima pelajar akhir AF7? Jika lagu itu merdu dan popular, inisatu laluan mudah untuk menambat hati pengundi.

Kedua, faktor komen juri dan 'permainan media'. Berdasarkan kepadatinjauan yang dibuat dan merujuk kesemua faktor di atas, bacaan yangtepat untuk mengetahui siapa Juara Af7 amatlah mudah.
Sentimen kuat ke arah pelajar berambut kerinting, Hafiz tapi memandangkan lagu yang tidak berapa komersial yang diberikan, ianyabagaikan satu tanda tanya.

Elemen kejutan juga tidak boleh dinafikan. Begitu juga permainan drama di konsert akhir Sabtu ini perlu diambil kira.

Ketika soalan ..."Siapakah paling layak bergelar juara AF7?"diajukan kepada pembaca-pembaca mStar Online, rata-rata memilih pelajardari Kuching, Sarawak iaitu Hafiz yang mendapat 34.6%, diikuti olehIsma 20.9%, Akim 17.1%, Aril 16.2% dan Yazid 11.3%.

Mungkin juga soalannya kini, bukan siapa yang akan jadi Juara Af7, tapi lebih tepat rezeki siapa?

APA KATASELEBRITI/PERSONALITI

Amy Mastura:
"Saya pilih Aril sebab saya nampak dia cukup menyerlah. Dia adakeistimewaan tersendiri walaupun pernah tersingkir sebelum ini. Bukansaja bidang nyanyian, saya rasa dia juga boleh ceburi bidang lain jugaseperti lakonan."

Anita Sarawak:
"Sejak awal lagi saya dan suami, Abang Mahathir memang suka denganHafiz. Bagi saya, dia menampakkan kesungguhan untuk berjaya sejakawal-awal lagi. Dia mengingatkan saya dengan diri sendiri ketika mudadulu yang mana saya juga sentiasa bersungguh-sungguh untuk berjaya. Diamasih muda dan dan mempunyai personaliti yang baik."

Ramli MS:
"Saya hanya sempat melihat beberapa konsert saja. Bagi saya, pelajaryang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budakini berbakat besar."

Misha Omar:
"Secara keseluruhannya, saya nampak Hafiz yang konsisten. Dia nampakcukup jujur. Dan apa yang penting, Hafiz mampu bawakan pelbagai jenisgenre lagu. Masanya masih panjang dan saya tahu dia boleh berjaya dalamindustri ini."

Vanidah Imran:
"Saya jarang berpeluang manyaksikan konsert AF, tetapi sejak duatiga minggu lalu, saya dapat menonton. Dan saya memang terpukau dengankehebatan vokal Hafiz. Minggu lepas saya memang suka sangat denganpersembahan Hafiz menerusi lagu I Believe I Can Fly. Memang nampakkesungguhannya."

Fauziah Latiff:
"Saya pilih antara Hafiz atau Aril. Kedua-duanya ada auratersendiri. Aril mempunyai pakej lengkap sebagai artis manakala Hafizpula ada kekuatan dari segi vokal dan saya lihat dia mempunyai karektoryang 'warm' serta menggambarkan seorang budak yang baik."

Fouziah Gous:
"Saya rasa Isma ada potensi untuk menang. Mungkin ada yang merasakansuaranya mirip Datuk Siti Nurhaliza, tetapi saya rasa dia tetapmempunyai vokal yang bagus."

Kudsia Kahar:
"Saya pilih Hafiz kerana dia konsisten selama sembilan minggu danversatil. Campaklah lagu apa pun, dia tetap boleh buat. Dari awal lagi,Hafiz sudah serius dan memang ingin menjadi juara. Dia mempunyaikehendak dan menggunakan ruang atas pentas dan masa untuk meyakinkanpenonton dan pengundi.
"Jika tidak Hafiz, dua pelajar lain yang boleh mengangkat trofijuara adalah Akim dan Aril kerana persembahan mereka semakin meningkatsejak minggu keenam."

Nabil:
"Bagi saya, yang betul-betul berbakat adalah Hafiz. Jadi, saya pilihdia sebagai juara. Selain berbakat, dia mempunyai suara tersendiri dandapat menyampaikan lagu dengan baik."

Stacy:
"Saya pilih Hafiz sebab dia konsisten dan saya suka menontonpersembahannya. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki kerana jikadiikut pada kelayakan, semua finalis layak untuk menang."

Dina Malaysian Idol:
"Saya nak Hafiz menang AF7 sebab saya meminatinya sejak minggu pertama AF7 lagi dan dia mempunyai kualiti yang unik."

Norish Karman:
"Saya doakan Hafiz menjadi juara AF7 kerana dia mempunyaisegala-galanya. Dia boleh menyanyi apa-apa lagu yang diberikan danmenerima setiap kritikan. Saya rasa dia boleh menjadi 'big star'. Kitakena beri peluang kepada seorang 'performer' yang bagus sepertinya."

Siti Sarah:
"Saya meramalkan juara AF7 bakal digondol oleh Hafiz, Isma dan Akim.Hafiz berbakat besar, satu pakej yang lengkap untuk penyanyi danpenghibur dan mampu menyampaikan lagu dengan baik sekali.
"Bagi Isma, saya dapat rasakan dia bekerja keras untuk memberikanpersembahan terbaik. Akim pula dapat memberikan persembahan menarikdalam keadaan bersahaja."

Syamsul Yusof:
"Saya rasa, Hafiz ada ciri-ciri seorang juara. Dia 'down to earth',berbakat dan ada cara tersendiri. Tapi apapun, saya rasa mungkin diaakan bersaing sengit dengan Aril."